Terma Pendaftaran
Terma ini terpakai kepada semua pendaftaran kursus yang dianjurkan oleh ZR Solutions, di bawah ZUZANA RESOURCES (No. SSM 201203308874 (SA0243556-T)).
Pendaftaran dan tempat
Tempat anda disahkan selepas bayaran diterima. Harga early bird terhad kepada bilangan peserta yang dinyatakan pada halaman kursus dan dikira mengikut bayaran yang disahkan.
Bayaran
Bayaran melalui laman ini dibuat secara penuh. Kaedah bayaran lain hanya boleh diatur melalui admin di WhatsApp, dan tertakluk kepada syarat yang dimaklumkan oleh admin, termasuk deposit yang tidak dikembalikan jika peserta membatalkan penyertaan.
Pembatalan dan pemulangan wang
Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan penyertaan atau tidak hadir.
Pertukaran peserta
Pertukaran nama peserta dibenarkan. Sila maklumkan admin melalui WhatsApp sebelum tarikh kursus.
Perkara yang termasuk dalam yuran
Penyertaan kursus sehari (teori dan latihan praktikal), makan pagi dan makan tengah hari, bahan pembelajaran, peralatan latihan, bonus modul bisnes dan akses support group WhatsApp selama 6 bulan selepas kursus.
Sijil
Sijil digital diberikan kepada peserta yang menghabiskan keseluruhan kursus dan lulus ujian bertulis.
Peluang bersama team ZR Solutions
Kursus ini tidak menjamin pekerjaan, pelanggan atau pendapatan. Peserta yang menunjukkan prestasi dan kesungguhan, serta memenuhi keperluan syarikat, berpeluang dipertimbangkan untuk kerja atau kerjasama.
Perubahan oleh penganjur
Jika penganjur terpaksa menukar tarikh, masa atau lokasi kursus, peserta akan dimaklumkan secepat mungkin melalui WhatsApp atau e-mel.
Hubungi
WhatsApp ZR Solutions
23G Ground Floor, Lorong Orkid 1A/KS4, Kg Raja Uda, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor